Salam sejahtera, salam muhibah dan salam 1 Malaysia ………
Terlebih dahulu, saya mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat sama atas kerjasama,
dorongan, bimbingan serta sokongan dalam menjayakan program latihan teknikal
bidang pemasangan perancah di Construction Academy And Consultancy Sdn Bhd.
Seperti yang kita sedia maklum, proses
pembangunan di Sabah terus berkembang pesat
dalam industri pembinaan dan industri minyak dan gas terutamanya di Kimanis,
Sipitang, dan akan datang di Kota belud, Lahad Datu dan beberapa tempat lain. Namun tenaga mahir di
negeri ini adalah pada tahap yang kritikal sehingga terpaksa bergantung kepada
pekerja-pekerja asing untuk mendapatkan tenaga mahir hampir di semua sektor kemahiran.
Bidang kemahiran adalah satu bidang
yang luas dan mempunyai masa depan yang cerah yang menjanjikan pulangan
pendapatan yang lumayan. Dengan itu, saya
mengalu-alukan kepada semua belia supaya memceburi bidang kemahiran tanpa rasa ragu kerana bidang kemahiran merupakan bidang pekerjaan yang banyak
diperlukan di pasaran.