SABAH SCAFFOLD TRAINING AND CONSULTANCY...
CONSTRUCTION ACADEMY AND CONSULTANCY SDN BHD

KURSUS SCAFFOLD INSPECTOR LEVEL 2 - (1ST BATCH)       08 NOVEMBER 2014 - 09 NOVEMBER 2014

 photo Blogslider-B3_zpsa6718153.jpg  photo BlogsliderB5_zpse0acf3ba.jpg  photo BlogsliderB4_zps2fec2781.jpg  photo BlogsliderB6_zpsd5600bc2.jpg  photo Blogslider-B12_zpsc22e68bd.jpg  photo BlogsliderB15_zpsef9dc5a9.jpg  photo Blogslider-B13_zpsbda054d1.jpg  photo BlogsliderB14_zpsc728928a.jpg  photo Blogslider-B17_zpsbc2fe3fb.jpg  photo BlogsliderB16_zpsb69b0435.jpg  photo BlogsliderB18_zps8961e5ce.jpg  photo Blogslider-B11_zpsaed50e59.jpg  photo Blogslider-B10_zps31d2472b.jpg  photo B19_zps13526ec9.jpg  photo B20_zps169eb458.jpg  photo B21_zps4e2bb290.jpg  photo B22_zps44974cb4.jpg  photo B23_zps59a6e06e.jpg

1. JOQUES BIN DONE      |      2. CAVEN HARRY MATIU      |      3. RIDWAN BIN ABD. RAHMAN @ ABAS      |      4. SH AHMAD ZAKIE BIN AH ANTIN      |      5. DINO BIN LIM BALANGKAU @ TAULIM      |      6. TERRANCE BOYED WILLIAM      |      7. RAYNER ROSS ROBERT RIPIN      |      8. HAMRI BIN MAJINUN      |     
PANEL PENGGUBALAN NOSS SCAFFOLDING (LEVEL 1,2,3)

 photo DSC_0013_zpse2f7b902.jpg  photo IMG-20141102-WA0065_zps3fbac7d6.jpg  photo C2_zps1bffa7aa.jpg  photo C4_zpsceb334bb.jpg  photo C10_zps51ede31e.jpg  photo C11_zps42cc8cc0.jpg  photo C8_zps0786812f.jpg  photo C9_zpsf747738c.jpg

BUKIT BINTANG, KUALA LUMPUR

Friday, 1 August 2014

Ringkasan Esekutif





CONSTRUCTION ACADEMY AND CONSULTANCY SDN BHD


RINGKASAN ESEKUTIF

Construction Academy And Consultancy Sdn Bhd adalah  sebuah Syarikat yang menjalankan latihan kemahiran teknikal khususnya dalam bidang pemasangan perancah. Pejabat dan tapak latihan syarikat ini terletak di Jalan Baru Tuaran – Tenghilan Bypas yang mempunyai keluasan seluas 0.64 ekar dan terletak di tepi jalan besar.

Construction Academy And Consultancy Sdn Bhd menjalankan latihan pemasangan perancah secara In-house Training. Melalui kerjasama dengan sebuah syarikat yang menjalankan usahasama dengan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sabah, program kompetensi iaitu kursus pemasangan perancah Tahap 1 dan Tahap 2 juga turut dijalankan di tapak latihan Construction Academy And Consultancy Sdn Bhd

Kursus In-House-Training dijalankan selama 2 - 3 hari bergantung kepada jenis kursus. Manakala kursus kompetensi pula dijalankan selama 10 hari  iaitu 8 hari latihan teori dan amali, dan 2 hari penilaian akhir kursus. Tenaga pengajar di Construction Academy And Consultancy Sdn Bhd adalah tenaga pengajar yang berkelayakan, terlatih dan berkemahiran serta mempunyai pengalaman luas dalam industri.

Syarikat Construction Academy and Consultancy Sdn Bhd juga turut terlibat dengan Syarikat Samsung Engineering Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat dari Jepun yang merupakan Main Contractor Sabah Oil and Gas Terminal (S.O.G.T) di Kimanis Papar Sabah dalam menjalani latihan pemasangan perancah. Samsung Engineering Sdn Bhd telah memberi kepercayaan kepada Construction Academy And Consultancy Sdn Bhd untuk melatih pekerja-pekerja Sub-Contractor di bawahnya. Antara pekerja Sub-Contractor yang telah menerima latihan daripada Construction Academy And Consultancy Sdn Bhd adalah Syarikat IWI Global Sdn Bhd dan Gusan Construction Sdn Bhd yang di miliki oleh syarikat dari Korea.

Selain daripada menjalankan latihan kemahiran teknikal dalam bidang pemasangan perancah, Syarikat Construction Academy and Consultancy Sdn Bhd juga menjalankan pelbagai perkhidmatan lain. Antaranya adalah seperti, mengadakan seminar keselamatan pemasangan perancah, menjalankan latihan praktikal pemasangan perancah di tapak bina, sebagai jururunding dan pemeriksaan perancah, membuat lukisan dan pengiraan beban perancah, memasang dan membuka perancah serta membekalkan tenaga kerja mahir.

Matlamat utama Syarikat Construction Academy and Consultancy Sdn Bhd adalah selaras dengan wawasan kerajaan dan sanggup menyahut cabaran Rancangan Malaysia ke Sepuluh (RMK - 10) di mana pihak Kerajaan mengalu-alukan penglibatan sektor swasta dalam memajukan bidang Latihan Teknikal bagi melahirkan tenaga mahir yang berkelayakan dan seterusnya memenuhi permintaan tenaga kerja khususnya di negeri Sabah.